Sunday, November 14, 2004

PANDANGAN SEORANG PEMERHATI DARI JAUH..

assalamu'alaykum wbt..ini adalah kisah benar seorang pemerhati dari jauh..

Ini adalah pandangan saya sahaja..dan saya pasti ada lagi orang yg bersependapat dgn saya.. sebenarnya isu ini telah saya bincangkan dgn beberapa kawan-kawan yg lain..saya tidak mampu utk menegur tapi ini jerla yg saya mampu buat masa ni..ini tiada ditujukan khas utk sesapa pon..ini adalah secara random peristiwa2..niat saya hanya utk kita semua ambil iktibar dan menjaga kesucian maruah diri dan jamaah kita sesama Islam..harap maaf kalau ada salah dan silap perkataan..

Seperti yg kita tahu, sempena Aidilfitri ini..beberapa akhbar tempatan Malaysia menyediakan laman utk mengucapkan salam aidilfitri..terutama kepada anak-anak watan yg berada di rantauan. Ini mungkin adalah satu peluang yg bagus, utk anak-anak bagi ucapan kepada ibu bapa, keluarga, guru dan rakan-rakan. Ucapan ini adalah ucapan bergambar, yg mana anak-anak boleh menunjukkan tempat yg mereka tinggal, keadaan negara orang, latar belakang suasana yg berbeza dgn keadaan Malaysia. Ini membolehkan kita berkongsi pengalaman dgn orang lain juga tentang negara yg kita berada.

Namun ada yg tidak menyedari yg mereka telah menyalahgunakan ruangan itu, dgn menghantar gambar berdua-duaan, yg bukan mahram tak kiralah kekasih, tunang, atau kawan biasa. Astaghfirullahal 'aziim.. Mungkin bg sesetengah pihak it's not a big deal, namun perihal sebeginilah yg boleh menimbulkan fitnah. Perkara kecil menjadi besar. Orang akan mula tertanya-tanya, diorang ni dah kahwin ke ni..or kalau tunang pon takkan hantar gambar berdua camtu?Bila ditanya, owh.. ala.. bknnya ada apa pon, ala..saya pon ingin menjalankan kehidupan seperti manusia lain..kehidupan yg normal.. ???aduh..apakah..normal hidup kena publish gambar berdua-duaan..apa kah itu?

The same thing jugak dgn friendster..tujuannya nak carik balik kawan-kawan lama, bermsg2.. tp ada yg ambil kesempatan juga pi publish gambar berdua-duaan, and do such thing yg cam orang berbulan madu pergi travel ke..macam orang dah kahwin..inikah perkara yg harus dilakukan oleh seorang muslim? Perkara sebegini yg membuka ruang syaitan utk tunjuk jalan-jalannya yg lain.. fitnah mmg sudah tidak dapat disangkalkan..apatah lagi benda lain.. Adakah ini yg dikatakan umat akhir zaman?Adakah ini sign something from Allah? oh.. Na'uuzubillahi min zaalik..so, insyaAllah kita cuba elakkan menda2 sebegini for our own good..jaga maruah diri.. jaga maruah ibu bapa dan keluarga..dan jaga maruah kita sebagai umat Islam seluruhnya.. Semoga ini sedikit sebanyak memberi keinsafan dan peringatan kepada kita.. Ya Allah, berikanlah kami perlindungan di dunia dan di akhirat..Ameen.. =)

isk..ada betulnya kata penulis ni..semoga menjadi iktibar kepada kita..ape pendapat korang yer?

1 comment:

Anonymous said...

tambah2 kita yg cuba dikenali dgn imej Islamic ini..membetulkan hadis2 madhu dan dhaif sana sini...menulis ttg perkara2 islamik,berbicara ttg islamik....lagilah org tgk kita macam kain putih yg sgt besar....satu titik kicap bisa merosakkan kain putih tu..apatah lagi sebaldi nila!!!..satu malaysia tgk weiii.....