RENUNGAN BUAT PARA SUAMI
*********************************
Wahai para suami,
-Apakah membebanimu wahai hamba Allah, untuk tersenyum di hadapan isterimu dikala anda masuk bertemu isteri tercinta, agar anda meraih pahala dari Allah?!!
-Apakah membebanimu untuk berwajah yang berseri-seri tatkala anda melihat anak dan isterimu?!! Apakah menyulitkanmu wahai hamba Allah, untuk merangkul isterimu, mencium pipinya serta bercumbu disaat anda menghampiri dirinya?!!
-Apakah memberatkanmu untuk mengangkat sesuap nasi dan meletakkannya di mulut isterimu, agar anda mendapat pahala?!!
-Apakah termasuk susuh, kalau anda masuk rumah sambil mengucapkan salam dengan lengkap agar anda meraih 30 kebaikan?!!
-Apa yang membebanimu, jika anda menuturkan untaian kata-kata yang baik yang disenangi kekasihmu, walaupun agak terpaksa, dan mengandung bohong yang dibolehkan?!! Tanyalah keadaan isterimu di saat anda masuk rumah!!
-Apakah memberatkanmu, jika anda menuturkan kepada isterimu di saat masuk rumah:
"Duhai kekasihku, semenjak Kanda keluar dari sisimu, dari pagi sampai sekarang, serasa bagaikan setahun".
-Apakah melelahkanmu wahai hamba Allah, jika anda berdoa dan berkata:
"Ya Allah perbaikilah isteriku dan berkatilah daku pada dirinya".
* Ucapan baik adalah sedekah.
* Wajah yang berseri dan senyum yang manis di hadapan isteri adalah sedekah.
* Mengucapkan salam mengandung beberapa kebaikan.
* Berjabat tangan mengugurkan dosa-dosa.
* Berhubungan badan mendapatkan pahala.
(Di petik dari kitab : "Fiqhul Ta'aamul Baina Zawjain" karangan : Mushtofa 'Adawi)
KETAHUILAH WAHAI ISTERI
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
* Sekiranya anda menyediakan minuman untuk diminum oleh suamimu, maka pahalanya seperti berpuasa sunat selama setahun.
* Sekiranya anda menyedia dan menyiapkan makanan untuk dimakan oleh suamimu, pahala haji dan umrah.
* Perkhidmatan yang baik yang engkau berikan kepada suamimu, pahalanya tidak putus ganjaran dari Allah.
* Sekiranya anda hamil, pahalanya shahid.
*Sekiranya anda mandi junub kerana bersetubuh dengan suamimu, pahalanya seperti anda bersedekah 1,000 ekor kambing kepada fakir miskin.
* Sekiranya anda memlihara anak dengan baik, ianya menjadi benteng daripada api neraka.
*Sekiranya anda memandang suamimu dengan pandangan harmonis, pahalanya seperti anda berzikir kepada Allah.
* Seandainya anda mati dalam keadaan suamimu redha kepadamu, maka syurgalah tempatmu.
Petikan dari 'Mutiara perjalanan hidup'
Sunday, November 28, 2004
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment