Thursday, November 11, 2004

KUCING OH KUCING..

KISAH KUCING TAK KENANG JASA MANUSIA?
aik..kami pusing sana..dia amik gambar ikut sini plak..aper daa...

Telah lalu seorang hamba Allah di hadapan rumah seorang lelaki yang sedang memukul seekor kucing. Lalu diaitu bertanya sebab ia memukul kucing tersebut. Dijawabnya bahawa ia telah menjumpai kucing itu di suatu lorong dalam keadaan kesejukan dan lemah. Ia mengambilnya dan memberi makan minum hingga benar-benar sihat.Tetapi setelah itu, kucing berkenaan telah membuang najis merata-rata di dalam rumahnya.

Hamba Allah tersebut berkata,"Inilah ibarat dan peringatan Allah kepada kita. Dia memelihara kita dari kecil dengan rezeki, pakaian dan segala-galanya. Tetapi setelah begitu banyak nikmat diberikan, kita kembali durhaka kepada Allah dengan meninggalkan suruhannya dan melakukan apa yang dilarangNya. Tetapi Allah tetap memberi kita rezeki dan rahmatnya walaupun kita derhaka dan engkar. Dia masih belum menyiksa dan memukul kita."Apa pandangan anda? Adakah kita seperti kucing tersebut atau lebih teruk lagi?

mm..kucing mmg comel dan cute..tapi saya takut gak..sbb terbayang saat-saat beberapa kali kena kejar anjing..isk..takut maa.. =)


No comments: