Monday, January 17, 2005

UMAR BIN AL-KHATTAB..

Di Antara Peristiwa Yang Berlaku Pada Bulan Zulhijah

Umar bin Al-Khattab Memeluk Islam

Umar bin Al-Khattab memeluk Islam selepas penghijrahan pertama umat Islam ke Habsyah. Pengislaman beliau adalah merupakan satu peristiwa penting yang berlaku di Kota Mekah malah ia juga merupakan suatu pertolongan yang sangat besar terhadap Islam kerana beliau adalah merupakan salah seorang yang gagah perkasa di "Mekah" serta terdiri dari kalangan musuh ketat umat Islam sehinggalah beliau memeluk Islam semasa beliau berazam untuk pergi membunuh Rasulullah s.a.w. Walau bagaimanapun Allah inginkan sesuatu kebaikan berlaku di mana Allah memperkenankan doa Nabi yang sering dibaca oleh baginda iaitu: اللَّهُمَّ أَعِزَّ الْإِسْلَامَ بِأَحَدِ العُمَرَيْنِ - عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ أَوْ عَمْرِو بْن هِشَام. Yang bermaksud: Ya Allah! Kuatkanlah Islam melalui salah satu dari dua orang Umar iaitu Umar bin Al-Khattab atau Amr bin Hisyam iaitu Abu Jahal. Pengislaman Umar semakin menguatkan lagi kedudukan umat Islam yang sebelumnya dikuatkan dengan pengislaman Hamzah bin Abdul Muttalib bapa saudara Nabi s.a.w. Beliau mempelawa umat Islam supaya mereka mendirikan sembahyang di Kaabah di bawah kawalannya menyebabkan golongan Quraisy tidak dapat bertindak ke atas tindakan tersebut kerana mereka mengetahui kekuatan dan keperkasaan Umar. Keinginan mereka untuk melawan terpendam begitu sahaja kerana tidak mampu untuk memperlihatkan penentangan mereka terhadap umat Islam. Selepas itu mereka mula menggunakan inisiatif lain untuk berdepan dengan perjalanan dakwah Islam iaitu dengan cara memutuskan hubungan atau pemulauan.

http://magazine.al-islam.com/default.asp?t=TodayEvn&f=EID&i=-1&lang=MAL

No comments: