assalamu'alaykum wbt..message di bawah is really nice..baca beberapa kali..mmg menarik.. well, ni sebenarnya tatau nak tulis ape..busy tahap busy..uik??cmane tu..eheh..tahla..tapi rasa cam nak menulis pasal rentetan 'just a minute message' tu..seminit..tapi membawa maksud yg mendalam..anyway..ini pon saya rasa macam tajuk semasa kita sekarang..sem lepas pon ramai cakap pasal ni, muktamar pon jumpe member2 pon ramai cakap pasal ni..isu hangat budak program ATU sekarang ni pon pasal ni jugak..call rumah pon kuar pasal ni..call member pon cakap tanya pasal ni..buka blog orang tu orang ni pon banyak cakap pasal ni..ehe..pasal ape cik tinie?ehe..pasal ni la..hidup kita yg semakin jauh..makin berumur..so, sbb tu ramai cakap pasal kahwin ni..setiap hari kedengaran je berita kahwin ni..ye laa..dah semua dah meningkat umur dah..alhamdulillah..berita baik ni..haa?penulis?ehe..penulis sendiri insyaAllah, soon.. :P..anyway, ni tanak cakap pasal penulis ni..nak cakap pasal keadaan sekeliling..tak berniat nak tujukan kat sesape.. just secara umum in our daily life..
ada sesetengah orang excited nak kahwin sbb semua kawan-kawan seangkatannya dah kahwin..ada sbb mmg dia the only one lagi yg tak kahwin dalam family dia..ada juga sbb nak tutup ruang maksiat (alhamdulillah)..ada jugak kata sbb kahwin ni best..isk.. kena pk akan tanggungjawab dan amanah disebalik tu..jgn dilupa yer..anyway.. terserahla pada niat masing2..
Hadis Sayidina Umar bin Al-Khattab r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat. Sesungguhnya setiap orang itu akan mendapat sesuatu mengikut niatnya. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka Hijrahnya itu kerana Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia dia akan mendapatkannya atau kerana seorang perempuan yang ingin dikahwininya maka Hijrahnya itu mengikut apa yang diniatkannya
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 3530
Islam itu indah..ada cara yg tersendiri..kalau dah berupaya kahwin la..kalau ada halangan lain lagi, puasa la dulu, insyaAllah sampailah jodohnya nanti.. keep making doa to Allah..ask from Him for the best =)
Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a:
Diriwayatkan daripada Alqamah r.a katanya: Aku pernah berjalan-jalan di Mina bersama Abdullah r.a. Kami bertemu dengan Othman r.a yang kemudian menghampiri Abdullah r.a. Setelah berbincang beberapa ketika, Othman r.a bertanya: Wahai Abu Abdul Rahman: Mahukah aku jodohkan kamu dengan seorang perempuan muda? Mudah-mudahan perempuan itu akan dapat mengingatkan kembali masa lampaumu yang indah. Mendengar tawaran itu Abdullah r.a menjawab: Apa yang kamu ucapkan itu adalah sejajar dengan apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w kepada kami: Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan. Maka sesiapa yang tidak berkemampuan, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat mengawal iaitu benteng nafsu..
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 2485
Tapi ada juga golongan yg tak mahu kahwin ni..kalau sahabat nabi reason sbb takut ganggu ibadat dan cinta mereka kepada Allah.. tapi kalau masyarakat zaman sekarang?nape yer?ehehe..ade yg kita tau tu, tanak kahwin sbb takleh dah nak enjoy..korbankan masa remaja..tak bebas..terkongkong..tanak pikul tanggungjawab..leceh.. memacam lagi ler..
Hadis Anas r.a:
Sesungguhnya beberapa orang sahabat r.a bertanya kepada isteri-isteri Nabi s.a.w mengenai amalan yang dilakukan oleh baginda secara diam-diam. Maka ada di antara mereka yang memberitahu bahawa dia tidak akan berkahwin. Ada juga yang memberitahu bahawa dia tidak makan daging dan ada pula yang memberitahu bahawa dia tidak pernah tidur di atas hamparan. Mendengar hal itu semua, Nabi s.a.w memuji kepada Allah dan bersabda: Apa kena dengan kaum itu, mereka berbicara itu dan ini, sesungguhnya aku mendirikan sembahyang dan aku juga tidur, aku berpuasa, berbuka dan aku juga berkahwin. Maka sesiapa yang tidak suka sunnahku, dia bukanlah golonganku iaitu umatku..
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 2487
haa..jgn dilupa, ade gak sbb orang pompuan tu letak hantaran mahal sangat..sampai ada yg parents letak harga tinggi giler..sampai tak termampu orang tu..kesiannya..ehe..memacam.. tengok lah contoh zaman Rasulullah dulu..dgn ayat quran pon boleh..tapi make sure la bebetul hafaz and ber'amal with it..ni dok tinggai puasa, solat nak nikah dgn ayat quran, ehe...tegakkan agama tu dulu.. =)
Hadis Sahl bin Saad r.a: Pada satu ketika seorang perempuan datang berjumpa Rasulullah s.a.w seraya berkata: Wahai Rasulullah! Aku telah datang untuk menyerahkan diriku kepadamu. Lalu Rasulullah s.a.w memandang kepadanya sambil mendongak kepadanya dan memerhatikan dengan teliti kemudian baginda mengangguk-anggukkan kepalanya. Apabila perempuan itu mendapati Rasulullah s.a.w diam tanpa memberi keputusan, perempuan itu segera duduk, lalu bangunlah seorang sahabat dan berkata: Wahai Rasulullah! Sekiranya kamu tidak ingin mengahwininya kahwinkanlah aku dengannya. Rasulullah s.a.w segera bertanya: Adakah engkau memiliki sesuatu yang boleh dijadikan mas-kahwin. Sahabat menjawab: Tidak ada! Baginda bersabda: Pulanglah menemui keluargamu mencari sesuatu yang boleh dijadikan mas-kahwin. Lantas sahabat tersebut pulang, kemudian beliau kembali menemui Rasulullah s.a.w dan berkata: Demi Allah! Aku tidak menjumpai apa-apa pun yang boleh dijadikan mas-kahwin. Maka Rasulullah s.a.w berkata lagi: Carilah walaupun sebentuk cincin besi. Lalu sahabat tersebut pulang dan datang kembali serta berkata: Wahai Rasulullah! Demi Allah aku tidak menjumpai apa-apa walaupun sebentuk cincin besi, tetapi aku hanya memiliki kainku ini iaitu kain yang hanya boleh menutupi bahagian bawah badannya (Sahl berkata: Sahabat ini tidak mempunyai pakaian yang menutup bahagian atas badan) maka aku berikannya kepada perempuan tersebut. Rasulullah s.a.w berkata: Apa yang engkau boleh buat dengan kain engkau itu, sekiranya engkau memakai kain itu. Perempuan tersebut tidak dapat memakainya walaupun sedikit. Apabila dia memakai kain tersebut engkau tidak mempunyai apa-apa untuk dipakai. Sahabat itu duduk sehinggalah sekian lama kemudian bangun. Rasulullah s.a.w memandang kepadanya seterusnya dia beredar dari situ. Setelah itu Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya dia dipanggil. Apabila sahabat tersebut sampai, Rasulullah s.a.w bertanya: Apakah yang engkau miliki daripada Al-Quran? Sahabat tersebut menjawab: Aku hafaz surah itu dan surah ini. Sahabat berkenaan menghitungnya, Rasulullah s.a.w bersabda lagi: Adakah engkau membacanya secara hafalan? Sahabat tersebut menjawab: Ya! Rasulullah berkata: Pergilah! Engkau telah memilikinya bermas-kahwinkan ayat atau surah Al-Quran yang engkau hafaz..
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 2554
haa..ada lagi satu golongan ni..tataula sekarang ade lagi ke tak..tapi bila kita tengok citer2 zaman2 dulu tu kan..ade jenis ayah yg sanggup pertaruh anak..cam jual anak..kasik anak kahwin paksa dgn seseorang yg die berhutang..sbb tak mampu bayar hutang, so bayar dgn anak..banyak cantekk ayah die..eheh..sianla anak dia tu..isk..na'uzubillah..
Hadis Ibnu Umar r.a:
Bahawa Rasulullah s.a.w menegah daripada melaksanakan perkahwinan tanpa mas-kahwin iaitu seorang lelaki mengahwinkan anaknya dengan seorang lelaki lain supaya lelaki tersebut mengahwinkan pula anak perempuannya dengan dia dan perkahwinan itu tiada mas-kahwin..
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 2537
anyway..insyaAllah, untuk kebahagiaan dunia dan akhirat, pandai2lah pilih calon utk pasangan hidup.. bkn nak hidup sehari dua..lama insyaAllah..orang yg nak jadi kawan baik..nak jadi pelindung, tempat nak ngadu, bermanja, dapat zuriat, nak jaga dan semuanyala..to build and share life together..utk lead to DeenNya insyaAllah..asam garam rumahtangga tu biasalah..tapi ape pon nak yg terbaik..at least untuk diri kita.. insyaAllah bahagia dunia akhirat..
Hadis Abu Hurairah r.a:
Nabi s.a.w telah bersabda: Kahwinilah perempuan itu kerana empat perkara: Kerana harta benda, keturunan, kecantikan, dan agama. Tetapi utamakanlah wanita yang taat kepada agama, pasti kamu akan bahagia..
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 2661
But be careful gak..jgn ambil orangnya.. yg selalu kita dgr ni kawan kebas girlfriend, best friend kebas boyfriend, kawan makan kawan..kawan rosakkan kebahagiaan kawan..saje runtuhkan rumah tangga orang lain la..sbb jeles nak tengok kawan sendiri bahagia..apekah..huhu..anyway..fuuhh..memacamla..tapi tu ok lagi ler compare dr dah betunang dgn orang lain, pi terima pinangan orang lain plak..sian ler orang yg already on da line tu..sama la both yg meminang dan yg dipinang tu.. yg dah kena pinang tu sepatutnya bitau orang yg baru nak meminang tu..terang leklok, insyaAllah that'll work.. p/s: pesanan penaja..berhati2..ada ramai kawan makan kawan..huhu~~
Hadis Ibnu Umar r.a:
Nabi s.a.w pernah bersabda: Jangan ada di antara kamu yang menjual atas jualan orang lain dan juga jangan ada di antara kamu yang meminang terhadap pinangan orang lain..
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 2530
Hadis Abu Hurairah r.a:
Sesungguhnya Nabi s.a.w melarang orang bandar menjual kepada orang desa iaitu seperti orang badwi, mereka menjual secara menipu iaitu supaya nilai barang menjadi tinggi atau seorang lelaki meminang perempuan yang telah dipinang oleh saudaranya, juga seseorang itu menjual atas jualan saudaranya. Jangan sekali-kali seorang perempuan berusaha melakukan sesuatu supaya saudara perempuannya diceraikan oleh suaminya supaya dia dapat menggantikan tempat saudaranya itu atau merosakkan kehidupan suami isteri..
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 2532
Ape pon..kalau dah kahwin tu, didikla isteri anda2 sekalian dgn sebaiknya..wanita ni cam tulang rusuk.. paham2 jerla.. =) Semoga berbahagia dunia akhirat kepada semua2 yg dah di alam itu, dan yg akan juga..insyaAllah..
Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Sesungguhnya wanita itu seperti tulang rusuk. Jika kamu cuba untuk meluruskannya, ia akan patah. Tetapi kalau kamu biarkan sahaja, maka kamu akan dapat menikmatinya dengan tetap dalam keadaan bengkok Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 2669
Sumber Rujukan Hadeeth http://www.al-islam.com/mal/
All da best..Wallahu a'lam.. =) Doakan penulis pon berbahagia jugak ek..jazakumullahu khairan katheera.. =)
Wednesday, January 12, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
waalaikumsalam...entry yg padat dan menarik...menyentuh most aspect b4 and after marriage....nice issue indeed....moga diberi kebaikan..... nummer
o0o0o..mmg-mmg..really nice..jazakallah for visiting my blog =)
Wa'alaykumussalam wbt..insyaAllah zie..maceh melawat =)
Post a Comment