Sunday, January 23, 2005

KING OF MY HEART..

Bismillah..
Assalamu'alaykum wbt..
mm..dgr tajuk suspen jer..sapela king of my heart tu..aha..anyway, sabtu mlm weekend tu ade usrah sisters kat arizona ni, kat umah..dan alhamdulillah, kami dah sampai Bab 5 bahagian 1 buku Apa Ertinya Saya Menganut Agama Islam ?Karangan: Fathi Yakan.. yg mana tajuk mlm td Saya Mestilah Dapat Menguasai Diri..so, sape king of our heart?kita sendiri la kan?kita yg memerintah hati kita..kita akan bawa hati kita tu..dan kita juga ada pembantu..sama ada pembantu yg diundang atau yg tidak diundang..

'AQAL
-insyaAllah pembantu yg diundang itu adalah 'aqal kita sendiri..which insyaAllah will lead us to the right way. 'Aqal has recommended the law to be lawful, legal or illegal.. Bila direnung kembali ayat-ayat Allah, kecut rasanya..kekecilan diri..ish..tukar2..kekerdilan diri amat terasa.. Astaghfirullah..lalainya hambaMu ini Ya Rabbi..

"Sesungguhnya sejahat-jahat makhluk yang melata, pada sisi (hukum dan ketetapan) Allah, ialah orang-orang yang pekak lagi bisu, yang tidak mahu memahami sesuatupun (dengan akal fikirannya)" [Al-Anfaal:22]

Ya Allah, kami berdoa kepadaMu semoga kami senantiasa berada dijalanMu..Ameen..

SYAITAN & NAFS
-aha..inila penolong tidak diundang yg saya maksudkan td..ini adalah musuh utama kita..it's hard for us to get rid of them..really..depa dua ni..mmg takkan berputus asa berusaha menjatuhkan kita..sehingga kecundang di bumi sendiri..sehingga tewas di arena perjuangan.. at least perjuangan melawan nafsu itu sendiri..na'uzubillahi min zaalik..

Dan Allah hendak (membersihkan kamu dari dosa dengan) menerima taubat kamu, sedang orang-orang (yang fasik) yang menurut keinginan hawa nafsu (yang diharamkan oleh Allah itu) hendak mendorong kamu supaya kamu menyeleweng (dari kebenaran) dengan penyelewengan yang besar bahayanya." [An-Nisaa:27]

O0 Allah, show me the wrong as the wrong and allow me to abstain from it..Ameen..

Di dalam kehidupan ini insan bertarung dengan dirinya sendiri. Adakalanya ia menang dan adakalahnya ia kecundang atau ia tetap dalam pertarungan yang berterusan. Sememangnya pertarungan ini berterusan sehinggalah ajal maut menjemputnya.

Firman Allah yg bermaksud:
Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); 8- Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa; 9- Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), 10- Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). (Asy-Syams 91: 7-10)


Dalam pertarungan menghadapi nafsu manusia terbahagi kepada golongan:

Golongan yang tunduk mengikut hawa nafsu mereka.

Mereka hidup dengan keseronokan di atas muka bumi ini dan ingin hidup berkekalan di dunia. Mereka adalah orang-orang kafir dan orang yang mengikuti jejak langkah mereka. Golongan ini melupai (kebesaran dan nikmat) Allah, lalu Allah juga membiarkan mereka. Di dalam Al-Quran Allah menyifatkan mereka sebagai orang yang mempertuhankan hawa nafsu, firman Allah:
Maksudnya:
Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: Tuhan yang dipatuhinya dan dia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa dia tetap kufur ingkar) dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?. (Surah Al-Jathiyah 45: Ayat 23)


Golongan yang bermujahadah dan bertarung menentang hawa nafsunya.

Dalam menentang hawa nafsunya ada kalanya golongan ini mencapai kemenangan dan ada kalanya mereka kecundang. Apabila terlibat dalam kesalahan mereka segera bertaubat. Begitu juga bila mereka melakukan maksiat mereka segera sedar dan menyesal serta memohon keampunan dari Allah. Allah berfirman:
Maksudnya:
Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedangkan mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). (Surah Al-'Imran 3: Ayat 135)


Inilah golongan yang dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya:
كل بني آدم خطاء وخيرا الخطاءين التوابون
"Setiap anak Adam (manusia) itu melakukan kesalahan, sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan (dosa) ialah mereka yang bertaubat. (Hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi)

Sehubungan dengan pengertian inilah diriwayatkan satu kisah oleh Wahab Bin Munabbih yang mengatakan:

"Sesungguhnya Iblis pernah bertemu dengan Nabi Allah Yahya bin Zakaria a.s, lalu Nabi Zakaria a.s berkata kepada Iblis: "Ceritakan kepadaku tabiat perangai manusia menurut pandangan kamu".

Lalu Iblis menjawab:
*Golongan pertama dari manusia ialah seperti kamu ini. Mereka ini terpelihara (dari kejahatan dan dosa).

*Golongan yang kedua adalah mereka yang berada dalam genggaman kami sebagaimana bola berada di tangan anak-anak kamu. Mereka menyerah diri mereka bulat-bulat kepada kami.

*Golongan yang ketiga ialah golongan yang sangat sukar untuk kami kuasai mereka. Kami menemui salah seorang dari mereka dan kami berjaya memperdayakannya dan mencapai hajat kami tetapi ia segera memohon keampunan (bila ia sedar) dan dengan istighfar itu rosaklah apa yang kami dapati darinya. Maka kami tetap tidak berputus asa untuk menggodanya dan kami tidak akan mendapati hajat kami tercapai.

No comments: