Thursday, November 03, 2005

'EDULFITRI 1426H/2005


Bismillah..
Assalamu'alaykum warahmatullah...
Harini tanggal Nov 3rd, 2005 bersamaan 1 Syawal 1426H, sekali lagi aku menyambut hari lebaran di perantauan. Dan ini adalah tahun keempat berjauhan dengan keluarga meyambut hari kebesaran umat Islam ini di perantauan, bumi menara runtuh ini. Alhamdulillah, walaupun tidak semeriah seperti di tanah air dulu-dulu, namun jauh di sudut hatiku terasa kegembiraan sebagai umat Muhammad, alhamdulillah, sempat merasai hari raya yang ke-22 dalam umur hidupku. Alhamdulillah, lafaz kesyukuran kupanjatkan kerana diberi peluang oleh Al-Khaaliq untuk aku meneruskan penghidupan aku di duniaNya ini. Bangkit pagi ini, seperti biasa 4am, terasa bersemangat untuk mandi sunat pagi hari raya, walaupun angin dingin menggigit tulang putihku. Keadaan pada waktu itu seperti biasa agak sunyi, tapi aku terasa seolah-olah aku kedengaran gema takbir dari kejauhan..oh..betapa rindunya aku kepada suasana kampung, keluarga dan sanak-saudara..

Aku sebenarnya tidak bercadang untuk pergi Solat Sunat Hari Raya pada hari ini di Reid Park, memandangkan satu kelas penting terpaksa aku hadiri seperti selalunya kerana kelas itu berdasarkan nota daripada cikgu semata. Tapi setelah berkifir seketika malam tadi, aku panjangkan jari jemari untuk menitipkan email kepada cikgu, sekurang2nya dia tahu sebab aku tidak ke kelas kerana aku tidak pernah ponteng kelasnya itu sebelum ini. Kalau aku ke kelas harini pun, aku tahu yang hanya jasadku di sana..

Apa-pun, alhamdulillah..Solat Raya berjaya aku tunaikan tadi berimamkan Syeikh Taareq, dari Mesir. Dialah yang menjadi imam utama semasa tarawikh yang lepas, didatangkan dari negara Ga itu.Bertemu rakan-rakan yang lain, suasana agak meriah. Alhamdulillah, kemanisan DeenNya dapat lagi dirasai tak kira di mana jua kita berada..alhamdulillah..

InsyaAllah, aku akan pulang ke tanah air pada Disember 31st ini jika aku dapat graduate earlier than the assigned date.Aku berdu'aa agar aku sempat merasai 'Edul Adha 1426H di tanah air tempat kelahiran sendiri..insyaAllah..

Akhir kata, 'EID MUBAARAK,KULLU 'AAM, WA ANTUM BIKHOIR.. maaf zahir dan batin.. =)

4 comments:

Anonymous said...

slamat ari raya idulfitri....maaf zhr n batin.

abu zakir

Unknown said...

selamat hari raya, do'akan tuan blog ni selamat dunia akhirat yer :)

Anonymous said...

alhamdulillah. dpt juga ye perform solat sunnat aidilfitri... dpt juga merasai kemanisan hari raya wpun tak sehebat di negeri sendiri. yang pastinya atas diri kita sendiiri.. semoga tini ttp tabah. tak lama lagi dptlah beraya di malaysia. insya Allah next year berteman dgn org tersayang tu.. ehhe..

Unknown said...

alhamdulillah, jazakillahu khayran katheera ayue.. ;)