Dalam diri ini
Ada lagi satu diri
Dalam diri ada diri
Dalam diri ada hati
Diri yg memateri hati
Atau hati yang memateri diri?
Hati yg berseri atau hati yg mati?
Berseri yg mungkin akan pergi
Bukan berseri yg semakin menerangi
Malap seperti cahaya tiada seri
Bukan seperti bintang menyinari
Bila nafsu menguasai hati
Bila hati menakluki diri
Bila akal tidak waras lagi
Diri tidak menyedari
Diri dalam diri meragui
Bertindak sbg fitrah azali
Yang inginkan semuanya indah sekali
Namun,
Bila diri bertakhtakan nafsu nafsi
Semua perkara tidak menjadi
Akal seolah-olah tidak berfungsi
Malah seperti diarahkan untuk menjurumuskan diri
Menjerumuskan diri ke lembah yg hina lagi keji
Bila semua dah terjadi
Baru mula nak menyesali
Baru mula nak mencari
Mencari jalan untuk dilalui
Baru terfikir apakah nasib diri
Baru terfikir apa pandangan orang nanti
Terasa malu pada semua, pada diri sendiri
Terasa malu pada Ilahi
Sungguh berat untuk dihadapi
Amat sukar menerima kenyataan ini
Rasa sesal menyelubungi diri
Tercari-cari, mencari-cari
Siapa yang bersimpati
Bersimpati dengan nasib diri
Nasib diri yang rugi
Hanya tangisan menemani diri
Kesan itu, kesan abadi
Semua dah terjadi
Tidak dapat diundur lagi
Wahai insan
Masih ada yang menyayangi
Masih ada yang setia menanti
Menanti dengan keterbukaan hati
Juga yang memerhati
Mengalu-alukan dikau kembali
Tidak pernah kita dibenci
Bertaubatlah sementara waktu masih ada lagi
Sementara matahari masih menyinari
Sementara bulan masih menerangi
Sesungguhnya Dia Maha Penerima Taubat, Maha Mengasihani
Untuk hambaNya yang benar-benar ingin kembali
Pulanglah..Dia tempat yang abadi
PadaNyalah, kuasa yg haqiqi
-enigmabintun ~ February 27, 2005.
Dan (sebahagian) yang lain mengakui dosa-dosa mereka. Mereka telah mencampur adukkan amal yang baik dengan amal yang lain, yang buruk. Mudah-mudahan Allah akan menerima taubat mereka; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [At-Taubah:102]
Tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah Dialah yang menerima taubat dari hamba-hambaNya, dan juga menerima sedekah-sedekah (dan zakat serta membalasnya) dan bahawa sesungguhnya Allah Dialah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. [At-Taubah:104]
Sunday, February 27, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment