Sunday, February 20, 2005

HIJRAH..

Hijrah..
Satu perkataan yang tidak asing bagiku
Tidak asing juga bagi orang lain..sering kedengaran di mana sahaja
Teringat kata-kata ustazah Pendidikan Islam semasa zaman sekolah dahulu
“Hijrah adalah perpindahan Nabi SAW dan umat Islam
dari Kota Makkah ke Kota Madinah”
Teringat juga bait-bait nasheed semasa nasheed kat sekolah dulu..

“ Hijrah itu pengorbanan”
“Hijrah itu perjuangan”
”Hijrah itu persaudaraan”
“Hijrah membentuk perpaduan


Oh..Aku sendiri berhijrah
Hijrah dari tanah air sendiri ke bumi menara runtuh ini
Itu hijrah yang nampak pada pandangan mata
Namun ia tetap hijrah..Walaupun hanya selama 4 tahun sahaja
Akan tetapi bermula dari titik hijrah inilah aku nampak satu lagi makna hijrah
Pengorbanan, Perjuangan, Persaudaraan, Perpaduan
Aku nampak semua itu..nampak dengan mata ini..dan mata hatiku
Benar, aku benar-benar dapat merasakannya
Betul, betul sekali bait-bait nasheed tadi
Berhijrah ke sini..berkorban wang, masa bersama keluarga, tinggalkan tanah air
Jauh dari keluarga tercinta..Jauh dari saudara mara
Lantaran ini juga semakin jelas aku nampak..Nampak hijrah itu satu perjuangan
Namun sejauh mana perjuangan kita
Perjuangan pada agama..untuk da’wah Islam..untuk Ummat
Jelas di depan mata kita betapa berat sebuah perjuangan
Perlukan ketabahan, kesabaran, kekuatan dan istiqomah
Lihatlah perjuangan Nabi SAW
Tidakkah itu sudah cukup untuk menunjukkan kita betapa pentingnya hijrah
Pengorbanan tinggalkan keluarga, bertarung nyawa harungi rintangan
Namun persaudaraan tetap persaudaraan..malah mengukuhkan silaturrahim
Sudah terang lagi bersuluh, bagaimana persaudaraan Muhajirin dan Ansar bersatu
Dan ini menerajui puncak persaudaraan Islam
Dengan ini aku berseru pada diri sendiri dan insan yang membaca bicara kalamku ini
Agar kita sama menyedari betapa pentingnya hijrah dalam kehidupan kita
Betapa perlunya kita berhijrah kepada yang lebih baik
Dan ingatlah, di bumi mana kita menapak..di situlah jua Islam harus ditegak
Berhijrahlah dan teruskanlah perjuangan da’wah kita
Allahu Akbar!!

No comments: