Satu Penerbangan
"Bila kita akan berangkat dari alam ini ianya ibarat penerbangan ke sebuah negara
Di mana maklumat tentangnya tidak terdapat dalam sebarang brosur penerbangan, tetapi melalui Al-Quran dan Al-Hadith
Di mana penerbangan bukannya melalui Air Asia atau AirJordan, tetapi Al-Jenazah
Di mana bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg, ! tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat, atau tiada caj lebihan berat ianya atas kesudian Pencipta kita..
Di mana bajunya bukan Pierre Cardin, atau setaraf dengannya tetapi Kain putih cotton
Di mana pewanginya bukan Channel atau Paco Rebone, tetapi air mawar Dan cendana..
Di mana pasport kita bukan Malaysia, British atau American, tetapi Al-Islam Di mana visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan, tetapi 'Lailaillah'
Di mana pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi Izrail dan lain-lain..
Di mana layananya dalamnya bukan lagi kelas business atau ekonmi, Sekadar kain yang diwangikan .
Di mana destinasi mendarat bukannya KLIA, Los Angeles International Airport,Heathrow Airport atau Jeddah International, tetapi tanah perkuburan Di mana ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond dan permaidani, tetapi bilik 6 kaki dalam gelita
Di mana pegawai imegresen adalah Munkar dan Nakir, mereka hanya memeriksa samada kita layak ke destinasi yang diidamkan
Di mana tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan Di mana lapangan terbang transit adalah Al-Barzakh Di mana destinasi terakhir samada Syurga yang mengalir sungai di Bawahnya atau Neraka Jahannam
Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya.. Ianya percuma, jadi simpanan (savings) anda tidak akan dihabiskan Penerbangan ini tidak akan dirampas, oleh itu tidak perlu bimbang Sajian tidak akan disediakan, oleh itu tak perlu risaukan masalah Alergi atau halal-haram makanan
Jangan risaukan delays, penerbangan ini sentiasa tepat waktunya, ia berangkat dan tiba tepat pada masanya.. Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan, anda telah hilang selera bersuka-ria..
Jangan bimbang tentang tempahan, ianya telah siap ditempah sejak anda disenyawakan di dalam rahim ibu..
Ya! Berita Baik!!
Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini Oleh itu bergembiralah selagi boleh! dan sekiranya anda boleh! Hanya ingat!! Penerbangan ini datang tanpa 'amaran' Cuma perlu ingat! Nama anda telah ditempah untuk penerbangan
ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT???
Ya Allah..panjangkanlah umur kami semua..dan berilah kami kekuatan untuk meneruskan hidup ini dalam mencari bekalan menujuMu..Ameen..
~dari down hall Frederick Library, Case Western Reserve University, Cleveland-Ohio, USA..
Tuesday, December 21, 2004
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment