ni kat bawah ni petikan email from abah setahun yg lalu masa saya demam masa winter..COOL email abah ni..huhu~~masa pas kuar hospital kot masa tu..demam..ehe..abah panggil tinie or kak ade gak..or kakak..ehe..abah, tahun ni anak abah sihat sejahtera..dan happy senantiasa..miss u so much abah..
SUBJECT: Rindu sokmo..
Assalamualaikum kak,
Salam sejahtara dari keluarga untuk kak di sana dengan iringan doa restu semoga kak sentiasa berada dalam lindungan Allah swt.. Keluarga di sini sepanjang masa berdoa untuk kejayaan dan kesejahteraan kak di dunia dan akhirat. Kak harus dan perlu banyak sabar dalam menghadapi ujian-ujian dalam perjuagan untuk mencari ilmu di mana sahaja kita berada. Kita semua hendaklah selalu bersyukur di atas apa sahaja pemberian yang maha kuasa. Kita semua bernasib baik kerana ada hamba allah yang sangat tidak bernasib baik tetapi perlu juga menjalani hidup ini dengan penuh cabaran. Semua apa yang berlaku adalah sudah ketentuan dari Allah swt dan sudah semestinya ada hikmah di sebaliknya.
Mengenai kesihatan kak, hendaklah banyak bersabar dan ingatlah ini juga sudah ketentuan dari Allah yang maha kuasa untuk menguji ketaatan dan kesabaran hambanya. Kak hendaklah sentiasa menjaga kesihatan dan utamakannya. Pemakanan yang kak ambil hendaklah seimbang dan berkhasiat untuk kesihatan. Makanlah apa sahaja yang hahal untuk kesihatan. Kalau musim sejuk, susu amat penting untuk kesihatan dan kak perlu usaha supaya boleh meminumnya. Vitamin atau multivitamin perlu di ambil setiap hari sebagai makanan tambahan. Pergilah berjumpa doctor bila sahaja ada masalah kesihatan, jangan tunggu sehingga serious. Walaupun terpaksa belanja untuk ubat, belanjalah kerana kesihatan wajib dijaga dalam perjuangan mencari ilmu dunia akhirat. Itulah sahaja pesanan dari abah dan mama dan ketahuilah bahawa keluarga semua sentiasa bersama kak dan sepanjang masa berdoa untuk kejayaan kak di sana. Amin –wassalam.-abah dan keluarga.
ehehe..bestkan email abah saya?ehe..ayat skema sket..biasalah cikgu..sbb tu saya cakap kelate tunggang terbalik sket..sbb selalu kena tegur dgn abah..tu la kan..dialect kelate tak berapa mahir lagi dah nak belajar dialect ganu..ehe..(chef!! kena ajar saya ni..) takper..cik enigmabintun mmg suke belajar bahasa..nanti tatau nak cakap mane satu..campur semua karang..maaflah kalau tersalah yer.. but anyway..alhamdulillah, dikurniakan abah yg cool dan lepak bersama anak2..hmm..kalau nak citer pasal abah mmg tak abisla..tapi nak citer satu jerlagi ni.. abah senang kesian kat anak-anak..so, apa lagi..si kembar tu - adik abang (faiz fawawaz & hanif hizami ) selalu ambil kesempatan..ehe..sian abah..mane taknya..dok rumah haritu adik abang cakap dgn abah nak keta Gen2..fuuh..abah kata takyahla..dah besar..mane main keta lagi..nanti nak masuk darjah dua dah..pastu depa diam jerla..tapi petang tu gi rumah jiran, dia dok tengok je bebudak main2 kat situ..pastu abah dgn mama pon ajakla depa pi kedai esoknya..kesian..depa suke guna cara tu..taktik lama tapi still berguna..ehe..psstt.. kakak pon samerla dgn adik abangnya..ehe..sebbaik abah sporting..ku doakan abah dan mama senantiasa bahagia dan panjang umur serta tabah mendidik anak-anak yg nakai2 ni.. =)
12
~inilah adik abang..yg 1 tu adik, nama dia faiz fawwaz, yg 2 ni abang, hanif hizami..nakai sangat dedua ni, tapi comel senantiasa..ehe..ni kakak depa tgh majuk dgn depa ni..sbb kakak tepon, depa duorang tanak cakap dgn kakak..alasannya sbb nak tengok citer kartun..geramla gak sket2..ehe..tapi kalau call depa ni, kakak die ni suh ngaji..suh gelak..suh cakap sayang kakak..seronok jer..diorang menceriakan suasana.. walaupun kadang2 out of control layan depa ni..tapi seronok jer..time paling besh biler depa jerit panggil KAKAK!!!!..gegak gempita seluruh rumah..pastu jgn cari pasal dgn dia..kalau salah sorang majuk dgn kita, abisla.. depa akan tlg menolong mengenakan kakaknya ni..masa balik mesia haritu dedua beli kakak coklat..tapi bila balik from airport tu, abang je datang berbisik and kasik coklat tu, pastu mama kate adik dah beli gak, tapi tak sabar tunggu kakak balik, die pi makan dulu..so, abang kater, takperla..kira abang share dgn adik la hadiah coklat tu..waaa..sweetkan abg ni?ehe..pastu kakak dia ni kesianla..tak makan pon, kasik abang lak makan sbg reward die being nice kat kakak & adik..waa..rindu mereka..uwaa..nak balik!!~
No comments:
Post a Comment