eheh..kelakar lak rasa.. I got this from my junior yg forward. It's a good thing to learn I think. Especially myself lah..bahasa kelantan tunggang langgang jugak.. perasan betul sorang2 ni..tapi bila cakap dgn my roomate-kak teh, ade je la yg kena gelak ni..huhu.. juga good to sape2 yang rasa akan jadi orang kelantan tu yer.. =) so, good luck people!
Ada cerita di sebuah sekolah rendah di luar Kelate yg guru besarnya orang Kelate. Satu hari budak- budak ternampak ular. Jadi kata cikgu,"cepat- cepat lah katok". Budak-budak pun heran dan jawab balik, "bukan katak cikgu, tapi ular." Hmmmm konpius... Katok =pukul, balun, hentam.
Vocabulary :
Bokbong - spesis musang
Ttuyup - pepatung
Pok Kor - spesis mengkarung
Ike Kkhonge - ikan cencaru
Gelenyar,Gletah = mengenyam, getik, gatal
saksoba = Absorber
Supik Gelenyar = plastik bag (yang nipis tu.)
Buah Topoh = buah epal (diambil dr perkataan Arab "tuffah" = epal)
Bbaloh = kelahi
Ggaduh = nak cepat (double `G' means sabdu)
Saka = gula (sekarang sudah jarang digunakan oleh generasi baru..maybe asal dari sukkar=gula in arabic)
Bekwoh = kenduri (mungkin berasal dari big work)
Tohok = buang
Ghohok = susah, payah
Siak dok ggobar = Jangan risau.. Don't worry!
Wak gghohi = Bagi memulakan sesuatu.. to start with.
Dekpong gak eh = Kalau ya pun
Jjughuh = baik (jjughuh budok tu = baik budak tu)
Kelaghing = kesat/not smooth (kulit kelaghing = skin not smooth enough)
Kelantan + English?? = "Kelantalish"
Contoh:
POZEK (deposit),
RIZAT (1.result 2. reserved),
NNEJA (manager),
ESTEK (estate),
SUWIH (switch),
MERKET (market), dll...
Kata penguat dlm bahaso Klate pun boleh tahan menarik:
Manis=manih LLETING
Masin=masing PPEGHAK
Pahit=pahik LLEPE
Masam=mase PPUGHIK
Tawar=tawa EBER
Putih=putih SSUEH
Hitam=hite LLEGE
Biru=bighu KKETU
Kuning=kuning LLEHE
Kenyang=kenye BBONYAH / BUTTA
Comel/Cantik=come LLOTE
Gemuk=gemuk DDEBOK
Busuk=busuk BANGA
Hapak=hapok KOHONG
Hangit=hangik LLETUNG
Ada beberapa "bunga bahasa" dalam loghat kelantan yang unik..
Antaranya:
YAK = lebih kurang "opocot!!!" atau "oops!!"
DEH? = memohon restu atau persetujuan...lebih kurang "OK?",
GAK = lebih kurang "habis tu.." atau "so.."
PAH? = lebih kurang "GAK"
PAHTU? = and then?
PAHTU GAK? =and then?
HO(bunyi naik ke hidung sikit ) = "ya lah.." atau "yes"
DOCK? = lebih kurang "bu(kan)?", "betul tak?" atau "isn't it?"
Biasanya perkataan yang berakhir dengan `an','am','ang' diganti dengan 'e'.
Contoh:
Jangan=jange
Lengan=lenge
Geran=gere,
Pisang=pise
Akhir sekali, peranan "SABDU" dalam loghat Kelantan. Begitu besar dan boleh membezakan langit dengan bumi.
Sekadar contoh,
Tanpa 'sabdu' orang boleh patah gigi kerana
MAKAN KANTIN =make keteng, sepatutnya disebut MAKE KKETENG yang membawa maksud makan di kantin.
Atau salah faham antara TAK PAKAI=tok paka dengan TOK PPAKA yang membawa maksud useless.
Atau keliru diantara tipu=kecek dengan KKECEK yang membawa maksud cakap.
Dan diantara SANGKUT(gantung) dengan SSAKUK (hajat tak kesampaian)
So, good luck kepada sesiapa yang nak belajar tu yer..mmg saya copy paste je dari msg tu..tapi adalah saya ubah2 sket..sbb ada saya sendiri pun tak paham dan juga saya guna yang lain..hihi..dan yang paling penting untuk kesihatan fizikal & mental, takperlu belajar lagi yg tu kot..hihi..nanti masuk level dua baru boleh..i think..hihi =)
Friday, May 20, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
you may wanna check this vocab out:
http://ymlichan.blogspot.com/2006/11/koho-lamo-koho-tok-paka-kelantanese.html
http://ymlichan.blogspot.com/2006/11/
koho-lamo-koho-tok-paka-kelantanese.html
Post a Comment