Friday, March 18, 2005

SERIOUS TAK TAHU NI..PENDAPAT??PENERANGAN??

Seriously saya tak tahu langsung pasal menda ni..ni terbaca kat bicara agama Utusan Malaysia..selalunya ada gak dgr2 orang amalkan rancang keluarga ni..siap makan pil semua ni sbb nak merancang dgn alasan tak mampu nak tanggung..hmm ni maybe la kot..pastu yg takut ape..takut jadi nampak makin tua lah..malu la kalau anak-anak ramai..macam2lah alasan zaman sekarang ni yer..anak-anak tu anugerah Allah.. (kalau tanak, meh saya jagakan.. ehe) tapi seriously tak ada 'ilmu langsung pasla ni..so, sesape yg dah belajar bahagian ini or ada any ilm that you would like to share, silalah share..isk..kena gi ambil syariah bebetul ni..huhu~~

( Munakahat ) Rancangan Keluarga

Keputusan 1
Menggalakkan amalan rancangan keluarga kepada umum adalah haram, tetapi bagi orang perseorangan atas sebab-sebab yang tertentu adalah diharuskan.

Oleh: Persidangan Ulama Malaysia kali ke-8,
Tarikh Keputusan: 22 November 1973

Keputusan 2

Rancangan Keluarga mengandungi tiga bahagian, iaitu:

a. Memandulkan lelaki atau perempuan hukumnya adalah haram.

b. Mencegah beranak atau menghadkan bilangan anak hukumnya adalah haram melainkan dengan sebab-sebab yang diharuskan oleh syarak bagi orang-orang perseorangan.

c. Menyusun keluarga dari segi kesihatan, pelajaran dan kebahagiaan keluarga dengan cara yang lain daripada (a) dan (b) di atas adalah harus.

Oleh: Persidangan kali ke-12
Tarikh Keputusan: 20 Feb 1977

No comments: