Bismillah..Assalamu'alaykum wbt..alhamdulillah..rasa terharu plak..ni first time tengok ni..tadi masa lepas solat Jumaat kat masjeed, di umumkan ada duorang American masuk Islam. John & Christ. Diorang melafazkan syahadah di hadapan semua sidang Jumaat kat masjeed tu dgn mic. Kemudian laungan Allahu Akbar berturut2 kedengaran. Kuat sekali. Ada yang menitiskan air mata. Semuanya melafazkan kesyukuran. Alhamdulillah.. Pastu ramailah Muslim yang lain pergi bersalaman dan berpelukan dengan mereka. Wajah mereka berdua amat ceria dan berseri-seri sekali. InsyaAllah, sama-sama kita doakan mereka terus bersama-sama kita dalam DeenNya ini. They started fresh today. Newborn!May ALLAH SWT make everything easier for them & for us, Ameen..
Tidak ada paksaan dalam agama (Islam) kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut dan dia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. [Al-Baqarah:256]
Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman) dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya. [Al-Baqarah:257]
Friday, March 04, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment